Wednesday 29 October 2014

MAHA KAYA ALLAH S.W.T


Assalamualaikumm, mmm minggu ni cerita pasai jamm aje ..
Pagi ni kesesakan lalulintas lebih teruk dari semalam. masuk aje tol subang jaya tu terus jamm jalan ke kl. maka kami pun terus masuk ke jalan subang airport utk cari jalan pintas walaupun tak pasti pintas nye di mana...hehehee tetapi rasa tersalah jalan pulak so macam kena buat Uturn je patah balik jalan tadi walaupun jamm . aku memohon kepada Yang Esa supaya dilancarkan perjalanan kami dan berikan  yang terbaik untuk kami.  Alhamdulillah Allah mendengar, teringat nak menggunakan Waze,  maka kami dapat cari jalan pintas untuk ke UM melalui jlan dalam dan terus ke highway  E11 LDP terus ke Damansara .
Sekiranya tadi kami berpatah balik, nekad untuk menempuh aje jalan ke Lebuhraya Persekutuan  yang sesak tu belum  pasti kami akan sampai lagi ke UM dalam pukul 8 pagi.
  

Tuesday 28 October 2014

CERITA HARI INI : RAHMAT ALLAH S.W.T.

Bismillahirohmanirrahim, "Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang orang yang sabar"

Cerita Hari Ini ...
Janji Allah S.W.T itu benar , kesabaran akan membawa kepada kebahagian.. pagi tadi ketika aku dan suami menghadapi jammed dari rumah melalui NKVE, jalanraya  sesak dengan kereta, sungguh... tinggal di bandaraya  ni penghuninya mesti cekap untuk bertindak bagi mengelak jam, begitu juga kami dari melalui Damansara baik masuk ikut Subang untuk keUM... tapi Subang pun jam , otak mesti cepat bertindak, aah...  ikut Sunway  mungkin ok dan terus lalu ikut PJ. Oppsss!!! PJ  pun jammed. Kalau lambat bertindak mesti terperangkap dalam jam, cepat kami masuk  ikut Pantai Dalam, "tapi kali ini kalau jam juga terpaksa kita tempuh juga dah tidak ada jalan lain lagi dah, Kita kena bersabar, Allah tidak akan menganiaya hambanya mesti ada rahmat disebaliknya" kata ku pada suami. Sampai di UM kami terus bersarapan di kantin Pengajian Islam..
Itu lah janji Allah itu benar!!!, Kami telah ditegur oleh seseorng ketika sedang makan, untuk duduk bersama , nak tau siapa?... kawan yang selalu dihati tapi dah beberapa tahun tak jumpa walaupun bekerja dikawasan yang sama dengan suami ku, seringkali juga aku  bertanya " tak pernah jumpa Ainon ke, apakhabar dia?. Betapa gembiranya kami..ALLAH MAYA KAYA  
Selalunya kami bersarapan lebih awal seawal 7 pagi tetapi kali ini kerana kesesakan lalulintas kami terlewat sedikit dari biasa... rupa rupa nya Ainon pun selalu makan di situ tetapi tak pernah terserempak kerana dia datang ke situ pada waktu ini .. Itulah berkat kesabaran , akhirnya berjumpa juga kami dan terubat rindu ......RAHMAT ALLAH  dari kesesakan lalulintas tadi....