Tuesday 4 December 2012


Baju ini dah agak lama tertangguh kerana selama 2 bulan aku memberi perhatian kepada kelas tatting yg memerlukan aku membuat kerja rumah selepas kelas. Aku merasa bersalah kepada empunya baju ini "Padiah" kerana kelewatan menyiapkan  baju beliau"maaf ye Padiah" Tetapi akhirnye aku dapat menyiapkannye juga dan telah ku serahkan kepada tuan . Alhamdulillah syukur kawan aku sangat berpuas hati dengan hasil kerjatangan aku ini.
Untuk menghasilkan projek manik, aku lebih suka menggunakan manik toho bersaiz 15°, memang manik saiz ini dangat halus tetapi hasilnya amat memuaskan dan cantik.