Sunday 20 January 2013

Actually, banyak lagi gambar-gambar dari hasil kerja tangan kak niza ( selesa dengan panggilan ini)  yang belum di upload dalam blog ini. Tapi buat masa ini, itu aje yang dpt diuploadkan . Nak kata ketandusan masa , tak juga cuma ianya bergantung kepada mood  juga.
Hari ini adalah hari melayan anak-anak saudara kat rumah dan juga hari rehat kak niza dan suami  setelah beberapa minggu kebelakangan ini hanya berulang alik ke Kedah dan  Kuantan atas urusan keluarga.

Esok, Isnin 21/1/2013  Imran akan mendaftar masuk ke Koleh Vokesional , so malam ni sibuk mengemas dan memastikan barang-barang yang perlu dibawa. Alhamdulillah syukur dia dapat belajar di situ dan semoga Imran dapat buat yang terbaik.