Sunday 10 November 2013

Beading again

Bila hdk memulakan jahit memang agak pening sikit mana tidaknye nak melakar design yg sesuai , warna apa yg sesuai, nak kena tahu juga pandangan pelanggan , kalau syok sendiri pun tak boleh juga. Kadang2 tu untuk pikir design aje pun ngambil masa berhari hari malah kadang2 tu lbh seminggu , bab inilah yg ambil masa lama. Tapi kalau dah dapat, warna bead pun dah dapat zassss jahit tanpa henti la..

Service keta

Hari aku dgn cik abang pergi service kereta, ish.. lama juga 2 jam major kata nye. Habis masa nak memanik ...tapi blh diabaikan sebab teman cik abang..

Thursday 7 November 2013

Hari ini

Pagi aku letih sangat, 4 jam aku hanya relax2 , tengok  korea drama heheheee . Tapi ianya x blh belarutan relax aje  huhuhuuu. Manik manik mesti memanik that my passion... blh menggerakan minda ini supaya  idea2 terus mengalir dr kotak fikiran ni....

3D beading

Beading untuk baju ni baru je siap. Mula mula untuk design nye pening juga nak  keluarkan idea dari kotak fikiran aku ni supaya ianya sesuai dgn design baju ni.
Tapi  alhamdulillah part by part dpt juga aku selesai walau pun sana sini ada kekurangannye.
Tapi kan kalau dah ber3D ni, tangan, design yg terilham  serta hati ni asyik seronok nak memanik  3D je , tapi x semua customer yg nak design 3D ni kan? .....apa apa pun aktiviti memanik membuat aku teruja untuk melihat hasilnya mmmm.

Friday 25 October 2013

Kerja tangan untuk pelanggan

Setakat ini dulu kak. Niza upload gambar2 ni . Ada lagi.... tapi k.niza upload lagi yeSetakat ini dulu kak. Niza upload gambar2 ni . Ada lagi.... tapi k.niza upload lagi ye
bar pun macam tak best aje x clear sangat. Tapi tak apa lah kak niza upload juga gambar yg tak seberapa ni .
Setakat ini dulu kak niza upload hasil tangan k.niza. nanti kak niza upload lagi 

Sunday 3 March 2013




Ini hasil tangan yang terbaru saya, untuk design kali ini saya menggunakan teknik 3 D pada daun (peyote) , jahitan rantaian Manik/chain beaded stitch, sedikit crumble, running stitch dan jejari manik/beaded fringe
Saya sangat berharap agar empunya baju Kak Shidah berpuashati dengan design ini.

Tuesday 26 February 2013

Pencapaian Saya


Assalamualaikum semua pembaca blog saya ni, sepatutnya dah lama saya nak update blog ini dengan hasil tangan  saya yang lalu supaya saya dapat berkongsi dengan anda semua.


BAJU  UNTUK PERTANDINGAN
 " CRYSTAL BEADED NEEDLE TOHO AWARD COMPETITION 2012 "



Design manik di atas di hasilkan untuk pertandingan   "Crystal Beaded Needle TOHO Award Competition 2012" yang diadakan pada 1hb April 2012. Alhamdulillah baju ini tersenarai  diantara 7  terbaik dan saya dianugerahkan dengan Anugerah Khas Juri yang disponser oleh ROY BUSANA ANGGUN


 



































Manik-manik yang digunakan adalah manik TOHO, untuk baju ni saya menggunakan manik saiz paling kecil iaitu manik saiz 15, kristal swarovski bicone saiz 13 saya juga menggunakan crystal ball dan jalur biru di dalam motif itu adalah jahitan berantai. Untuk garisan luar motif ini saya menggunakan kaedah peyote. Bunga kecil-kecil ditepi leher adalah bunga daisy menggunakan manik saiz 15 dan swarovski. Inilah serba sedikit mengenai baju pertandingan ini.

Design manik baju ini di agak simple  atas permintaan tuannya, saya menggunakan fresh pearl dan manik bersaiz 15" . Alhamdulillah tuannya berpuashati dengan hasil ini.

 



 

 Baju batik ini adalah baju kawan satu team bowling pada tahun lepas, Cantik design batik nya. Untuk tidak menghilangkan unsur unsur batik yang memang dah cantik saya menjahit manik mengikut corak bunga tersebut dan mengolehkan sedikit supaya ia nampak timbol, sayamenggunakan teknik jahitan jelujur manik. Untuk tangkai bunga tersebut saya menggunakan manik hijau bersaiz 15 dengan kaedah peyote. 'Stigma' bunga yang berwarna kuning saya menggunakan keadah Tabular stitch. Untuk daun pulak saya menggunakan kaedah jahitan daun St.Petersburg.  Saya menambahkan hot fix secara bertaburan di sekitar design batik tersebut.
Setiap kali menghasilkan satu-satu karya berasaskan manik ini, saya sangat-sangat berharap agar design yang saya hasilkan ini dapat menepati hati pelanggan saya.  



Corak fabrik ini berbunga kecil-kecil, jadi untuk mengkontraskannya saya cuba mendesignkan dengan design abstrak ( heehee kononnye lah) Walaupun ia nampak simple tetapi untuk menghasilkannya agak rumit kerana saya menggunakan semua manik yang bersaiz 15 dan  pearl kecil serta hot fix purple . Saya juga menggunakan kaedah 3D dan jahitan tiga serangkai bagi memenuhi ruang dalam motif. Alhamdulillah tuan empunya sangat happy dengan design ini . 





Tuan baju ini adalah dengan tuan baju di atas, Rekaan manik ini hanya di tangan sahaja , di sini saya menggunakan small pearls , sequin. Saya menggunakan sedikit kaedah crumble .





Fabrik baju ini amatlah nipis, Ini adalah satu cabaran bagi saya untuk menghasilkan sesuatu design yang ringkas, ringan tetapi menarik. Ia amat sensitif. Untuk fabrik yang begini saya harus pandai menggunakan manik, fresh pearl dan kristal yang ringan serta design yang tidak terlalu sarat. Oleh itu saya menggunakan kaedah manik tabur dan dihiasi dengan kristal dan  pearls supaya  ia lebih nampak eksklusif. 





Ini selendang untuk di atas.Saya menggunakan hot fix di tengah-tengah tudung dan jahitan manik beriring dan dangling di sekeliling selendang tersebut. 



Saya menggunakan teknik jahitan bunga dahlia dan dangling. saya menggunakan pearls untuk design ini. Sesungguhnya saya amat gemar menggunakan fresh pearls untuk hasil karya saya.




Ini satu lagi baju batik yang perlu dijaga keaslian coraknye. Kesilapan menggunakan manik untuknya akan mencacatkan keaslian batik ini , sekali lagi saya menjahit manik mengikut corak batik tersebut, bagi menyerlahkan design ini saya menggunakan kaedah 3D untuk main daunnya di tambah pula dengan hot fix hijau.

Saturday 16 February 2013


Malam ni ada dinner diPWTC , untuk mengelak jam kami bertolak awal dari rumah.  sebagai alas  perut  sebelum dinner  maka kami mkn dulu kat secrect recipe  , crispy chicken salad and chocolatec. Ok juga,

 Dinner ni dianjurkan oleh PASUM utk student2 nye 'MALAM MAS ASASI'