Saya sangat berharap agar empunya baju Kak Shidah berpuashati dengan design ini.
Sunday, 3 March 2013
Tuesday, 26 February 2013
Pencapaian Saya
Assalamualaikum semua pembaca blog saya ni, sepatutnya dah lama saya nak update blog ini dengan hasil tangan saya yang lalu supaya saya dapat berkongsi dengan anda semua.
BAJU UNTUK PERTANDINGAN
" CRYSTAL BEADED NEEDLE TOHO AWARD COMPETITION 2012 "
Design manik di atas di hasilkan untuk pertandingan "Crystal Beaded Needle TOHO Award Competition 2012" yang diadakan pada 1hb April 2012. Alhamdulillah baju ini tersenarai diantara 7 terbaik dan saya dianugerahkan dengan Anugerah Khas Juri yang disponser oleh ROY BUSANA ANGGUN
Manik-manik yang digunakan adalah manik TOHO, untuk baju ni saya menggunakan manik saiz paling kecil iaitu manik saiz 15, kristal swarovski bicone saiz 13 saya juga menggunakan crystal ball dan jalur biru di dalam motif itu adalah jahitan berantai. Untuk garisan luar motif ini saya menggunakan kaedah peyote. Bunga kecil-kecil ditepi leher adalah bunga daisy menggunakan manik saiz 15 dan swarovski. Inilah serba sedikit mengenai baju pertandingan ini.
Design manik baju ini di agak simple atas permintaan tuannya, saya menggunakan fresh pearl dan manik bersaiz 15" . Alhamdulillah tuannya berpuashati dengan hasil ini. |
Baju batik ini adalah baju kawan satu team bowling pada tahun lepas, Cantik design batik nya. Untuk tidak menghilangkan unsur unsur batik yang memang dah cantik saya menjahit manik mengikut corak bunga tersebut dan mengolehkan sedikit supaya ia nampak timbol, sayamenggunakan teknik jahitan jelujur manik. Untuk tangkai bunga tersebut saya menggunakan manik hijau bersaiz 15 dengan kaedah peyote. 'Stigma' bunga yang berwarna kuning saya menggunakan keadah Tabular stitch. Untuk daun pulak saya menggunakan kaedah jahitan daun St.Petersburg. Saya menambahkan hot fix secara bertaburan di sekitar design batik tersebut.
Setiap kali menghasilkan satu-satu karya berasaskan manik ini, saya sangat-sangat berharap agar design yang saya hasilkan ini dapat menepati hati pelanggan saya.
Corak fabrik ini berbunga kecil-kecil, jadi untuk mengkontraskannya saya cuba mendesignkan dengan design abstrak ( heehee kononnye lah) Walaupun ia nampak simple tetapi untuk menghasilkannya agak rumit kerana saya menggunakan semua manik yang bersaiz 15 dan pearl kecil serta hot fix purple . Saya juga menggunakan kaedah 3D dan jahitan tiga serangkai bagi memenuhi ruang dalam motif. Alhamdulillah tuan empunya sangat happy dengan design ini .
Tuan baju ini adalah dengan tuan baju di atas, Rekaan manik ini hanya di tangan sahaja , di sini saya menggunakan small pearls , sequin. Saya menggunakan sedikit kaedah crumble .
Fabrik baju ini amatlah nipis, Ini adalah satu cabaran bagi saya untuk menghasilkan sesuatu design yang ringkas, ringan tetapi menarik. Ia amat sensitif. Untuk fabrik yang begini saya harus pandai menggunakan manik, fresh pearl dan kristal yang ringan serta design yang tidak terlalu sarat. Oleh itu saya menggunakan kaedah manik tabur dan dihiasi dengan kristal dan pearls supaya ia lebih nampak eksklusif.
Ini selendang untuk di atas.Saya menggunakan hot fix di tengah-tengah tudung dan jahitan manik beriring dan dangling di sekeliling selendang tersebut.
Saya menggunakan teknik jahitan bunga dahlia dan dangling. saya menggunakan pearls untuk design ini. Sesungguhnya saya amat gemar menggunakan fresh pearls untuk hasil karya saya.
Ini satu lagi baju batik yang perlu dijaga keaslian coraknye. Kesilapan menggunakan manik untuknya akan mencacatkan keaslian batik ini , sekali lagi saya menjahit manik mengikut corak batik tersebut, bagi menyerlahkan design ini saya menggunakan kaedah 3D untuk main daunnya di tambah pula dengan hot fix hijau.
Saturday, 16 February 2013
Friday, 8 February 2013
Friday, 1 February 2013
Hari sibuk mencuba mesin jahit yg dah lama terperuk. Alhamdulillah setelah hamtar service ok jalannya. Alhamdulillah lagi sekali Allah gerak hati aku nak belajar jahit tudung kalau tidak akibat terperuk lah mesin jahit hadiah dari husband aku pada tahun 1992 .
Sekarang ni sedang mencuba mesin ni dengan menjahit tudung. Terkial kial juga nak jahit tudung ni. Kalau membeli tudung tu bukan main lagi teliti memilih tapi dah cuba nak buat sendiri baru tahu langit tinggi rendah . Tapi practice make perfect
Sekarang ni sedang mencuba mesin ni dengan menjahit tudung. Terkial kial juga nak jahit tudung ni. Kalau membeli tudung tu bukan main lagi teliti memilih tapi dah cuba nak buat sendiri baru tahu langit tinggi rendah . Tapi practice make perfect
Sunday, 20 January 2013
Actually, banyak lagi gambar-gambar dari hasil kerja tangan kak niza ( selesa dengan panggilan ini) yang belum di upload dalam blog ini. Tapi buat masa ini, itu aje yang dpt diuploadkan . Nak kata ketandusan masa , tak juga cuma ianya bergantung kepada mood juga.
Hari ini adalah hari melayan anak-anak saudara kat rumah dan juga hari rehat kak niza dan suami setelah beberapa minggu kebelakangan ini hanya berulang alik ke Kedah dan Kuantan atas urusan keluarga.
Esok, Isnin 21/1/2013 Imran akan mendaftar masuk ke Koleh Vokesional , so malam ni sibuk mengemas dan memastikan barang-barang yang perlu dibawa. Alhamdulillah syukur dia dapat belajar di situ dan semoga Imran dapat buat yang terbaik.
Hari ini adalah hari melayan anak-anak saudara kat rumah dan juga hari rehat kak niza dan suami setelah beberapa minggu kebelakangan ini hanya berulang alik ke Kedah dan Kuantan atas urusan keluarga.
Esok, Isnin 21/1/2013 Imran akan mendaftar masuk ke Koleh Vokesional , so malam ni sibuk mengemas dan memastikan barang-barang yang perlu dibawa. Alhamdulillah syukur dia dapat belajar di situ dan semoga Imran dapat buat yang terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)