Hari sibuk mencuba mesin jahit yg dah lama terperuk. Alhamdulillah setelah hamtar service ok jalannya. Alhamdulillah lagi sekali Allah gerak hati aku nak belajar jahit tudung kalau tidak akibat terperuk lah mesin jahit hadiah dari husband aku pada tahun 1992 .
Sekarang ni sedang mencuba mesin ni dengan menjahit tudung. Terkial kial juga nak jahit tudung ni. Kalau membeli tudung tu bukan main lagi teliti memilih tapi dah cuba nak buat sendiri baru tahu langit tinggi rendah . Tapi practice make perfect
Friday, 1 February 2013
Sunday, 20 January 2013
Actually, banyak lagi gambar-gambar dari hasil kerja tangan kak niza ( selesa dengan panggilan ini) yang belum di upload dalam blog ini. Tapi buat masa ini, itu aje yang dpt diuploadkan . Nak kata ketandusan masa , tak juga cuma ianya bergantung kepada mood juga.
Hari ini adalah hari melayan anak-anak saudara kat rumah dan juga hari rehat kak niza dan suami setelah beberapa minggu kebelakangan ini hanya berulang alik ke Kedah dan Kuantan atas urusan keluarga.
Esok, Isnin 21/1/2013 Imran akan mendaftar masuk ke Koleh Vokesional , so malam ni sibuk mengemas dan memastikan barang-barang yang perlu dibawa. Alhamdulillah syukur dia dapat belajar di situ dan semoga Imran dapat buat yang terbaik.
Hari ini adalah hari melayan anak-anak saudara kat rumah dan juga hari rehat kak niza dan suami setelah beberapa minggu kebelakangan ini hanya berulang alik ke Kedah dan Kuantan atas urusan keluarga.
Esok, Isnin 21/1/2013 Imran akan mendaftar masuk ke Koleh Vokesional , so malam ni sibuk mengemas dan memastikan barang-barang yang perlu dibawa. Alhamdulillah syukur dia dapat belajar di situ dan semoga Imran dapat buat yang terbaik.
Sunday, 9 December 2012
Thursday, 6 December 2012
Warna hijau baju ini sangat menarik. Baju ni dah siap berlace cuma tugas aku hanya untuk menaikkan seri nye sahaja. Seperti biasa aku menggunakan beads 15° walaupun saiznye kecil tapi hasilnye sangat halus. Aku juga menggunakan fresh pearls bagi menaikkan seri dan nampak eksklusif kerana ianya pakai oleh pengantin.
Tuesday, 4 December 2012
Baju ini dah agak lama tertangguh kerana selama 2 bulan aku memberi perhatian kepada kelas tatting yg memerlukan aku membuat kerja rumah selepas kelas. Aku merasa bersalah kepada empunya baju ini "Padiah" kerana kelewatan menyiapkan baju beliau"maaf ye Padiah" Tetapi akhirnye aku dapat menyiapkannye juga dan telah ku serahkan kepada tuan . Alhamdulillah syukur kawan aku sangat berpuas hati dengan hasil kerjatangan aku ini.
Untuk menghasilkan projek manik, aku lebih suka menggunakan manik toho bersaiz 15°, memang manik saiz ini dangat halus tetapi hasilnya amat memuaskan dan cantik.
Thursday, 29 November 2012
Tatting!!! Aku pernah melihat ibuku mengait menggunakan shuttle , tapi dulunye warna hitam aje , ini yg timbul minat dalam diri ku untuk belajar , tetapi peluang untuk belajar tatting baru sekarang aku dapat . Sekarang ni tak ramai mengetahui tatting ini . Bila aku tau sedang belajar tatting, ramai yang bertanya balik " apa itu tatting? " Untuk memberi tumpuan kepada kelas tatting ini aku melupai sekejap beading.
Subscribe to:
Posts (Atom)